Friday, June 3, 2011

misi 5 penyiasat muda (episod 3)

Posted by ainulaliah at 12:16 PM 0 comments
AMIRAH:Eh,tu dengar macam suara Liyana!
SEMUA ORANG:Ha'alah.
AMIRAH:Jom,Farhana.
FARHANA:Jom.


Di dapur,


FARHANA:Eh,mana dia Liyana ni?
AMIRAH:Ha' itu pun dia.Jom!
FARHANA:Jom.Kenapa ni Liyana?
LIYANA:Tadi saya nampak ada satu lembaga tarik kaki saya.
FARHANA DAN AMIRAH:Lembaga?
LIYANA:Ya...
AMIRAH:Hmm...Tak pa lah.Yang penting sekarang ni awak dah selamat.Ok?
LIYANA:Ok...Jom!
FARHANA DAN AMIRAH:Jom!


Selepas itu mereka pun pergi ke tempat Danish dan Amirul sedang berbual.


DANISH:Hei,Amirah!
AMIRAH:Tunggu sekejap!Sebelum awak cakap kat saya sesuatu biar saya cakap dulu kat
                awak.Apa yang awak tengah bualkan dengan Amirul ni?
DANISH:Itulah yang saya nak cakap kat awak tadi!
AMIRAH:Kalau macam tu,apa yang awak nak cakap kat saya tadi,Danish?
DANISH:Saya rasa peliklah dengan rumah ni.
SEMUA ORANG:Kenapa,Danish?
DANISH:Saya nampak banyak sangat gambar dalam rumah ni.
AMIRUL:Kalau ia pun,kenapa?
DANISH:Hmmm...Semua gambar mesti ada budak lelaki ni....Contohnya macam gambar itu,itu 
                dan itu.
SEMUA ORANG:Ha'alah.
LIYANA:Bagi sekejap kat saya gambar yang awak pegang tu,Danish.
DANISH:Ok.Nah,Liyana.
LIYANA:Terima kasih,Danish.
DANISH:Sama-sama,Liyana.


Liyana pun melihat gambar itu.


LIYANA:Eh,rasa macam ada kertas yang terselit kat 'frame' ni lah.


Dia pun menarik keluar kertas itu daripada 'frame' itu lalu membacanya.


LIYANA:Ismail,No. 2 Taman Pelangi 01000 Kangar,Perlis.No tel. 012-9852361.
DANISH:Mungkin ini ialah satu petunjuk untuk kita.Saya rasa lebih baik kita pergi tanya orang 
                ni.Mana tahu kalau dia tahu sesuatu tentang rumah ni.Siapa setuju?
SEMUA ORANG:Saya!
AMIRAH:Eh,dah nak senjalah.Jom kita balik.
SEMUA ORANG:Jom!


Dalam perjalanan pulang ke rumah,


DANISH:Ingatnya,kawan.Esok!Macam biasa,pukul 8 pagi.Di taman permainan.
SEMUA ORANG:Ya!


bersambung..................................


P/S: kalo ampa semua try tepon nombor tu n ada org agkt, aku xmau bertanggungjawab sbb aku main tkn jaa. Ahaksss!







misi 5 penyiasat muda (episod 2)

Posted by ainulaliah at 7:43 AM 0 comments
Pada keesokan harinya,mereka semua pun berkumpul di taman permainan.


DANISH:Amirul tolong kira berapa orang yang datang.
AMIRUL:Baiklah!Danish,ada 4 orang sahajalah.
DANISH:Siapa yang tak datang lagi tu?
AMIRUL:Amirah.
DANISH:Ok.Kita tunggu sekejap lagi,boleh?
SEMUA ORANG:Boleh!


5 minit kemudian....


AMIRAH:Hai kawan-kawan.
SEMUA ORANG:Hai Amirah.
DANISH:Kenapa kamu lambat Amirah?
AMIRAH:Saya tolong ibu saya masak tadi.
DANISH:Ooo...Ok.Jom kita pergi ke rumah yang usang.Amirah,tolong tunjukkan jalan ke rumah 
                yang usang itu.
AMIRAH:Baiklah,Danish!


Akhirnya mereka pun tiba di rumah yang usang itu.


DANISH:Jom kita masuk ke dalam rumah ini.
SEMUA ORANG:Jom!


Di dalam rumah,


LIYANA:Danish,saya nak pergi ke sana sekejap?
DANISH:Baiklah.Jangan lama-lama pula!
LIYANA:Ok.


Di dapur,


LIYANA:Buruknya dapur ni.Mesti rumah ni dah lama ditinggalkan oleh tuannya.


Tiba-tiba,


LIYANA:Aaaaaaaaaaaaa...........


bersambung...............

Thursday, June 2, 2011

misi 5 penyiasat muda (episod 1)

Posted by ainulaliah at 2:00 PM 3 comments
WATAK2 NYA:DANISH
                         :AMIRAH
                    :LIYANA
                         :FARHANA
                         :AMIRUL


Pada suatu hari,ketika Amirah baru pulang dari kedai dia ternampak satu rumah yang usang.Apabila dia ternampak rumah itu,lantas hatinya berkata INILAH MASANYA!
  
Di rumah Danish,


AMIRAH:Assalamualaikum,Danish....
DANISH:Waalaikumussalam.Kenapa ni Amirah?
AMIRAH:Awak tahu tak tadikan saya nampak satu rumah yang usang......Nak tak kita pergi                      
                meyiasat rumah itu?
DANISH:Bagus juga tu.Nanti saya beritahu berita ni kepada kawan kita yang lain.Ok?
AMIRAH:Ok...Byebye.Assalamualaikum.
DANISH:Waalaikumussalam.


Di taman permainan,


DANISH:Ok..Sila beri perhatian!Kita akan menjalankan misi esok.
FARHANA:Misi apa pulak ni,Danish?
DANISH:Misi menyiasat rumah yang usang..............
FARHANA:Oooo..Baiklah saya bersedia...
DANISH:Ok..Ada apa-apa soalan?
SEMUA ORANG:Tak...
DANISH:Ok.Kalau semua orang tidak ada soalan,kita bolehlah besurai sekarang!Jumpa esok 
                di sini.Pukul 8 pagi.
SEMUA ORANG:Baiklah!


Bersambung.............
 

Polar Bear Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez