Saturday, November 12, 2011

Persiapan untuk kakak balik!

Posted by ainulaliah at 10:42 PM 4 comments
Assalamualaikum,kawan!


Puko ada buat banyak untuk kakak sebab esok kakak nk blk dh.So,Puko kenalah minta maaf ngan kakak dan bersalam-salaman ngan kakak macm Puko selalu dok buat wk2 ari raya dulu...Tapi dlm ni x adalah tunjuk gambar tu sebab banyak cangat.Jadi,Puko kenalah pilih gambaq yg betui betui penting saje..


Inilah antara gambaq persiapan Puko untuk kakak!



Puko nk bagi beg tu bau Puko supaya nnti kalo kakak  rindu Puko kakak boleh peluk beg itu sebgai ganti Puko.


Jangan ingat manusia saje yg ada rumah Puko pun ada rumah juga.Puko upah pembuat rumah satu majalah saja.Murah kan?Tapi rumah tu boleh kepala Puko saja.Puko ni dah jadi macam giant ka?


Ini pula tabiat Puko.Bila Puko tidur mesti satu mata saja yg tertutup satu lagi terbuka.Lawak tul.Anda rasa Puko bole masuk x The Funniest Pets And Peoples yg disiarkan di Astro Ceria.Channel kegemaran Cik Ainul Aliah.Sebenarnya Puko dipaksa untuk cakap Cik Ainl Aliah kalo Puko x dipaksa     Puko kata aja Nenek Ainul Aliah.Jahat kan Puko ni?Sbbnya ialah kalo Puko x ckp mcm ni nnti Cik Ainul Aliah naik angin.Abislah kita kalo gunung berapi Cik Ainul Aliah meletup.Abis bergegar satu dunia.Sesuatu yg mengerikan betui x?Nk taku x pasaipa mata Puko terbuka sebelah masa tidur.Sbbnya ialah kerana kalo Puko tutup dua dua belah mata.Ok!Mcm ni,katakanlah ada org mengumpat Puko pastu wk2 tu Puko tutup dua dua belah mata mcm mana Puko nk tau muka si penjahat yg dh mengumpat Puko yg comel ni.Kalo Puko tuduh saja depa.nnti Puko dosa.Tahu x dosa fitnah lagi besar dari membunuh.Jadi Puko x maulah fitnah org dan sbb itulah Puko buka sebelah mata wk2 tidur.Puko x nak masuk neraka.Xnak.....


                                          
                                                                                                                           Yg Benar,
Setiausaha Pukotam...

Assalamualaikum!Bye..






Saturday, July 23, 2011

Friskies pun Friskieslah!

Posted by ainulaliah at 9:09 AM 5 comments
Assalamualaikum!Macam biasa kita akan baca Diary Puko.Tu pun kalo kamu semua nk baca!Kalo x nak x soh baca,ok?

Diary Pukotam(Kucing Ainul Aliah)

Page 3

Dear Diary,

Hari ini Puko rasa lapar.Ada sapa-sapa nk derma skit makanan kt Puko?Emm...X apalah kalo x ada.Puko dh bersedia.Kamu semua tahu x pasaipa Puko lapar?Sebabnya ialah..... Jeng Jeng Jeng!Hari ini tuan Puko bagi seekor je ikan kt Puko.Ni semua salah Nini!Mesti tuan Puko ingat Puko x habis makan lagi ikan macam episod yg lalu!Yg Puko pura-pura x abih makan pasai nk bagi kt Nini.Lepas tu tuan Puko ingat Puko tengah diet!Tula sebabnya kenapa tuan Puko bagi seekor je ikan kt Puko.Tapi x palah!Asalkan dpt makan.Lepas itu, sampai ke malam tuan Puko x bagi ikan.Kehabisan stok kot!Pastu terpaksalah guna taktik pertama iaitu muka comey.Caranya ialah Puko akan pergi ke depan tuan Puko dan buat muka comey!Tapi taktik tu x menjadi...Tuan Puko buat x endah aje.Dh la susah nk kontrol comey!Ish ish ish.....Tapi x apa,ada lagi dua taktik!Pastu Puko guna taktik ke dua iaitu lebih ganas dan dikenali sebagai gigit kaki!Perkara tu pun x menjadi.Sekarang ni tinggal satu taktik saje.Kalo x jadi,memang nasib Pukolah!Taktik ke tiga iaitu muka comey 2.Caranya sama sahaja macam muka comey 1 cuma depan anak tuan Puko aje iaitu Ainul Aliah!Waktu Puko dok buat tu Ainul Aliah tengah makan!Lepas tu Puko buat.Puko tengok macam ada tindakbalas sikit daripada Ainul Aliah.Pastu Puko buat lagi.Lepas tu dia terus pi basuh tangan.Ingatkan nk amik ikan bagi kt Puko rupanya nk main ngan Puko.Buat penat aje!Lepas itu ,tuan Puko panggil.Puko pun apa lagi.Pegila!Mana tau dapat ikan fresh 4 ekor.Rupanya dapat........FRISKIES!!!Dalam hati Puko kata,Friskies pun Friskieslah!

                                                                                                                             Pukotam

Sekian sahajalah cerita Puko untuk hari ini!Bye,semua.....

Assalamualaikum!


P/S : saja nk gitau siap-2, xpyh penat-2 cri Page 1 n Page 2 sbb dh buang ats sbb-2 tertentu yg mendesak sya berbuat demikian.

Friday, June 3, 2011

misi 5 penyiasat muda (episod 3)

Posted by ainulaliah at 12:16 PM 0 comments
AMIRAH:Eh,tu dengar macam suara Liyana!
SEMUA ORANG:Ha'alah.
AMIRAH:Jom,Farhana.
FARHANA:Jom.


Di dapur,


FARHANA:Eh,mana dia Liyana ni?
AMIRAH:Ha' itu pun dia.Jom!
FARHANA:Jom.Kenapa ni Liyana?
LIYANA:Tadi saya nampak ada satu lembaga tarik kaki saya.
FARHANA DAN AMIRAH:Lembaga?
LIYANA:Ya...
AMIRAH:Hmm...Tak pa lah.Yang penting sekarang ni awak dah selamat.Ok?
LIYANA:Ok...Jom!
FARHANA DAN AMIRAH:Jom!


Selepas itu mereka pun pergi ke tempat Danish dan Amirul sedang berbual.


DANISH:Hei,Amirah!
AMIRAH:Tunggu sekejap!Sebelum awak cakap kat saya sesuatu biar saya cakap dulu kat
                awak.Apa yang awak tengah bualkan dengan Amirul ni?
DANISH:Itulah yang saya nak cakap kat awak tadi!
AMIRAH:Kalau macam tu,apa yang awak nak cakap kat saya tadi,Danish?
DANISH:Saya rasa peliklah dengan rumah ni.
SEMUA ORANG:Kenapa,Danish?
DANISH:Saya nampak banyak sangat gambar dalam rumah ni.
AMIRUL:Kalau ia pun,kenapa?
DANISH:Hmmm...Semua gambar mesti ada budak lelaki ni....Contohnya macam gambar itu,itu 
                dan itu.
SEMUA ORANG:Ha'alah.
LIYANA:Bagi sekejap kat saya gambar yang awak pegang tu,Danish.
DANISH:Ok.Nah,Liyana.
LIYANA:Terima kasih,Danish.
DANISH:Sama-sama,Liyana.


Liyana pun melihat gambar itu.


LIYANA:Eh,rasa macam ada kertas yang terselit kat 'frame' ni lah.


Dia pun menarik keluar kertas itu daripada 'frame' itu lalu membacanya.


LIYANA:Ismail,No. 2 Taman Pelangi 01000 Kangar,Perlis.No tel. 012-9852361.
DANISH:Mungkin ini ialah satu petunjuk untuk kita.Saya rasa lebih baik kita pergi tanya orang 
                ni.Mana tahu kalau dia tahu sesuatu tentang rumah ni.Siapa setuju?
SEMUA ORANG:Saya!
AMIRAH:Eh,dah nak senjalah.Jom kita balik.
SEMUA ORANG:Jom!


Dalam perjalanan pulang ke rumah,


DANISH:Ingatnya,kawan.Esok!Macam biasa,pukul 8 pagi.Di taman permainan.
SEMUA ORANG:Ya!


bersambung..................................


P/S: kalo ampa semua try tepon nombor tu n ada org agkt, aku xmau bertanggungjawab sbb aku main tkn jaa. Ahaksss!







misi 5 penyiasat muda (episod 2)

Posted by ainulaliah at 7:43 AM 0 comments
Pada keesokan harinya,mereka semua pun berkumpul di taman permainan.


DANISH:Amirul tolong kira berapa orang yang datang.
AMIRUL:Baiklah!Danish,ada 4 orang sahajalah.
DANISH:Siapa yang tak datang lagi tu?
AMIRUL:Amirah.
DANISH:Ok.Kita tunggu sekejap lagi,boleh?
SEMUA ORANG:Boleh!


5 minit kemudian....


AMIRAH:Hai kawan-kawan.
SEMUA ORANG:Hai Amirah.
DANISH:Kenapa kamu lambat Amirah?
AMIRAH:Saya tolong ibu saya masak tadi.
DANISH:Ooo...Ok.Jom kita pergi ke rumah yang usang.Amirah,tolong tunjukkan jalan ke rumah 
                yang usang itu.
AMIRAH:Baiklah,Danish!


Akhirnya mereka pun tiba di rumah yang usang itu.


DANISH:Jom kita masuk ke dalam rumah ini.
SEMUA ORANG:Jom!


Di dalam rumah,


LIYANA:Danish,saya nak pergi ke sana sekejap?
DANISH:Baiklah.Jangan lama-lama pula!
LIYANA:Ok.


Di dapur,


LIYANA:Buruknya dapur ni.Mesti rumah ni dah lama ditinggalkan oleh tuannya.


Tiba-tiba,


LIYANA:Aaaaaaaaaaaaa...........


bersambung...............

Thursday, June 2, 2011

misi 5 penyiasat muda (episod 1)

Posted by ainulaliah at 2:00 PM 3 comments
WATAK2 NYA:DANISH
                         :AMIRAH
                    :LIYANA
                         :FARHANA
                         :AMIRUL


Pada suatu hari,ketika Amirah baru pulang dari kedai dia ternampak satu rumah yang usang.Apabila dia ternampak rumah itu,lantas hatinya berkata INILAH MASANYA!
  
Di rumah Danish,


AMIRAH:Assalamualaikum,Danish....
DANISH:Waalaikumussalam.Kenapa ni Amirah?
AMIRAH:Awak tahu tak tadikan saya nampak satu rumah yang usang......Nak tak kita pergi                      
                meyiasat rumah itu?
DANISH:Bagus juga tu.Nanti saya beritahu berita ni kepada kawan kita yang lain.Ok?
AMIRAH:Ok...Byebye.Assalamualaikum.
DANISH:Waalaikumussalam.


Di taman permainan,


DANISH:Ok..Sila beri perhatian!Kita akan menjalankan misi esok.
FARHANA:Misi apa pulak ni,Danish?
DANISH:Misi menyiasat rumah yang usang..............
FARHANA:Oooo..Baiklah saya bersedia...
DANISH:Ok..Ada apa-apa soalan?
SEMUA ORANG:Tak...
DANISH:Ok.Kalau semua orang tidak ada soalan,kita bolehlah besurai sekarang!Jumpa esok 
                di sini.Pukul 8 pagi.
SEMUA ORANG:Baiklah!


Bersambung.............
 

Polar Bear Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez